suria

Google Glass Teknologi 'Boleh Dipakai'

Putera Charles, juga pernah mencuba cermin mata Google Glass ketika melawat 'Innovation Alley'.

GOOGLE Glass seumpama telefon pintar yang dapat dipakai dan menyampaikan mesej, berita serta membuat panggilan secara langsung di depan mata anda, buat pertama kali diperkenalkan kepada pengguna di United Kingdom (UK).


Rakyat British kini dapat membeli peranti ini terus dari laman web Glass yang mejadi sebahagian daripada produk Program Explorer, nama yang diberikan Google kepada pengguna peranti yang sedang mengujinya untuk digunakan dalam situasi kehidupan sebenar.

Program Explorer Glass membolehkan sesiapa sahaja yang berusia lebih 18 tahun membeli alat dengar prototaip dan setakat ini ia hanya ditawarkan kepada penduduk Amerika Syarikat (AS), untuk memberi mereka peluang menguji Glass sementara ia masih dibangunkan oleh syarikat gergasi enjin carian itu.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan kaca mata tersebut anda perlu membayar £1000.

Hanya pada bulan lepas projek itu diperluaskan kepada pengguna biasa di AS buat kali pertama. Sebelum ini ia hanya ditawarkan kepada pemaju yang mahu melakukan eksperimen semasa mencipta perisian untuk gajet yang dipakai di kepala itu.

Selain teknologi yang dapat 'dipakai', Google mengumumkan empat aplikasi baharu untuk peranti itu yang dikenali sebagai Glassware, termasuk StarChart, yang membolehkan pengguna melihat peta melalui peranti mereka.

Sebuah aplikasi, Guardian juga akan menyampaikan tajuk berita terus ke mata pemakai turut dibangunkan. Terdapat juga aplikasi untuk laman berita bola sepak Goal.com dan aplikasi kecergasan, Zombies, Run!.

Ketua Google GlassIvy Ross, berkata: "Teknologi dikatakan terbaik apabila ia bergerak lancar dalam kehidupan kita dan membolehkan kita meneruskan apa sahaja yang kita lakukan. Itulah matlamat kami untuk Glass - untuk memberikan teknologi yang menjadi tempat mereka bergantung selama ini dengan lebih mudah.

Google Glass setakat ini secara teknikal bukan produk pengguna sepenuhnya, sebaliknya ia hanyalah lanjutan daripada Program Explorer sedia ada.

Beberapa syarikat utama telah membuat ujian terhadap Glass, dengan syarikat penerbangan Virgin Atlantic menggunakan peranti ini untuk penumpang kelas atasan mereka.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Glass, Google telah menubuhkan Basecamp di London pada 27 dan 28 Jun di mana pelanggan boleh mencubanya sendiri dan bertanya soalan mengenai Glass sebelum membelinya.

Google Glass, teknologi dipakai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain