suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paip Gas Meletup: 14 Maut, 10 Cedera

Kesan letupan yang berjaya dirakam dari jauh selepas paip gas meletup di selatan India pada Jumaat.

SEKURANG-kurangnya 14 orang maut selepas saluran paip gas meletup Andhra Pradesh, selatan India pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian di pusat pemprosesan dan pengedaran gas terbesar di India itu, 10 orang disahkan cedera.

Menteri Dalam Negeri Andhra Pradesh, N Chinna Rajappa berkata, laporan yang diterima pihaknya mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 14 orang terkorban setakat ini.

"Punca letupan masih belum diketahui kerana kami menumpu perhatian terhadap kerja menyelamat terlebih dahulu," katanya.

Pengawai Kanan Daerah Timur Godavari, Neetu Kumari Prasad memberitahu, angka kematian mungkin akan meningkat kerana api letupan turut merebak ke kawasan perumahan.

"Kesan letupan atau api turut merebak ke sebuah kawasan perkampungan berdekatan, bagaimanapun keadaan masih terkawal setakat ini," jelasnya.

Gas, India

Artikel Lain