suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Protes Di Brazil Disembur Gas Pemedih Mata, 11 Ditahan

SAO PAULO: Polis Brazil membuat 11 tangkapan dan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan anti-Piala Dunia di bandar timur laut Salvador, pada Jumaat.

Polis militari memberitahu AFP bahawa tangkapan dibuat terhadap tindakan 'vandalisme' di bandar yang terletak hanya lima kilometer (tiga batu) dari stadium Fonte Nova di mana Belanda menewaskan juara bertahan Sepanyol dalam perlawanan pembukaan kumpulan B.

Beberapa penunjuk perasaan membaling batu ke arah kenderaan yang dipamerkan dan juga kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan, menurut polis.

Portal berita dalam talian G1 menunjukkan kira-kira 100 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi membantah kos $11 bilion untuk Piala Dunia. Polis bagaimanapun enggan memberikan satu angka rasmi.

Pada Khamis diadakan satu demonstrasi anti Piala Dunia yang lebih kecil di bandar-bandar di Brazil sebelum tuan rumah mencatat kemenangan 3-1 dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo.
demonstrasi, protes, Piala Dunia 2014

Artikel Lain