suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Maut Tanah Runtuh Di Guatemala

GUATEMALA: Lima maut dalam satu kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat di Guatemala, kata pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa itu, penduduk di kawasan bandar itu digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikutan hujan kilat dijangka berterusan pada minggu ini.

Pengarah Pejabat Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana, Alejandro Maldonado berkata, satu kejadian tanah runtuh berlaku berikutan hujan lebat mengorbankan lima ahli keluarga pada hujung minggu di wilayah Huehuetenango. 

Beliau berkata, jiran-jiran keluarga itu dan pasukan penyelamat menyelamatkan anjing milik keluarga berkenaan selepas sebahagian badan haiwan itu ditimbus tanah selama lebih 18 jam.

Maldonado berkata, beberapa sungai dengan arus yang deras telah memecah benteng sistem saliran, sekurang-kurangnya di empat wilayah barat negara itu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada banjir besar yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Jabatan pendidikan telah menangguhkan sesi persekolahan di sembilan wilayah selama dua hari berikutan cuaca buruk itu. - AP

tanah runtuh, guatemala

Artikel Sebelum

Artikel Lain