suria

Piala Dunia Biri-Biri Meriah

Biri-biri dipakaikan jersi lengkap pasukan Columbia untuk perlawanan Piala Dunia Biri-Biri.
NOBSA: Perlawanan bola sepak sesi 'pemanas badan' antara beberapa negara yang akan menyertai Piala Dunia di Brazil diadakan di sini pada Ahad lalu mendapat sambutan ramai.

Lebih 500 penduduk setempat hadir menyaksikan perlawanan bola sepak unik itu kerana bukan pemain kebangsaan yang mengejar bola dipadang.

Sebaliknya, 50 biri-biri dipakaikan jersi beberapa pasukan yang akan menyertai pusingan akhir bola sepak itu, termasuk jersi skuad Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Ia diadakan di bandar ini dan dikenali sebagai Piala Dunia Biri-Biri bagi meraikan kejohanan yang bakal bermula minggu depan, bermula 12 Jun hingga 13 Julai.

Perlawanan olok-olok yang diadakan membabitkan pasukan Columbia dan Brazil itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah Columbia dengan empat jaringan berbalas tiga.

Lebih menarik apabila haiwan berkaki empat itu bukannya mengejar bola tetapi lebih gemar memakan rumput di padang bola itu.


biri-biri, Piala Dunia, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain