suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri India Maut Kemalangan

Gopinath Munde
NEW DELHI: Menteri Pembangunan Luar Bandar India yang baru dilantik minggu lalu, Gopinath Munde maut dalam nahas jalan raya di sini pada pagi Selasa.

Munde yang menerima pelantikan daripada Perdana Menteri, Narendra Modi cedera parah dalam kemalangan itu dan meninggal dunia sebaik tiba di hospital untuk rawatan lanjut.

Kemalangan itu berlaku ketika Munde dalam perjalanan ke lapangan terbang Delhi.

Menurut doktor, Munde yang duduk di belakang dan sebaik tiba di unit kecemasan pemerikasaan mendapati tiada maklum balas pada injap jantungnya.

"Munde menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.20 pagi," katanya.

Sementara itu, Menteri Buruh, Nitin Gadkari berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Munde mengalami kecederaan dalaman yang serius," katanya sambil menambah upacara membakar mayat pemimpin India itu akan diadakan di tempat kelahirannya, Latur, Maharashtra.



 
Gopinath Munde, kemalangan, maut

Artikel Berikut

Artikel Lain