suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Junta Tentera Thailand Kaji Pulih Projek Kereta Api Laju

Nattawat Chancharoen.
BANGKOK: Junta tentera Thailand meminta agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk mengkaji kemungkinan memulihkan projek kereta api berkelajuan tinggi negara ini. 

Kajian itu akan meliputi faedah-faedah dan nilai pelaburan projek itu serta sumber pembiayaan, demikian menurut jurucakap Majlis Kebangsaan Keamanan dan Ketenteraman (NCPO), Kolonel Nattawat Chancharoen.

Kerajaan mungkin melabur bersama sektor swasta dalam projek itu, katanya pada satu sidang akhbar selepas satu mesyuarat NCPO junta, yang dipengerusikan oleh ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha.

Nattawat berkata mesyuarat mengenai jaminan dan kestabilan ekonomi serta keselamatan sosial itu dihadiri oleh ketua-ketua agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDB) dan Biro Belanjawan. 

Memulihkan ekonomi Thailand adalah keutamaan majlis tentera itu kerana ia mengalami pertumbuhan lembap disebabkan oleh konflik politik dalam tempoh setengah tahun.
 
Projek kereta api berkelajuan tinggi itu adalah antara yang dikenal pasti di bawah tabung prasarana berjumlah 2.2 trilion baht yang dicadangkan oleh kerajaan bekas perdana menteri yang digulingkan, Yingluck Shinawatra.

Bagaimanapun, undang-undang untuk membenarkan pinjaman bagi dana itu dibatalkan selepas Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan bahawa rang undang-undang itu tidak berlandaskan perlembagaan.

Ini kerana perbelanjaan kerajaan mestilah diperuntukkan di bawah Akta Belanjawan untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Artikel Lain