suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abbott Bincang Perjanjian TPP Semasa Lawatan Ke Amerika

Tony Abbott.
MELBOURNE: Perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dijangka dibincangkan semasa lawatan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott ke Amerika Utara. 

Abbott akan melawat Perancis pada Jumaat untuk 'D-Day' Perang Dunia Kedua sebelum berlepas ke Ottawa, New York, Washington dan Houston, dan kemudian ke Pearl Harbour, Hawaii.

Beliau akan mengadakan rundingan rasmi dengan Perdana Menteri Kanada Stephen Harper dan Presiden AS, Barack Obama.

Australia telah berjaya dalam rundingan perdagangan bebasnya dengan Korea Selatan dan Jepun, dan Abbott berminat untuk berbuat demikian dengan Amerika Utara pula, demikian menurut laporan ABC News.

Australia, Kanada dan AS adalah antara 12 bakal negara anggota, termasuk Malaysia yang sedang berbincang tentang Perkongsian Trans Pasifik, yang akan meliputi kira-kira 40 peratus ekonomi dunia. 

Rundingan tertangguh apabila AS dan Jepun bercanggah pendapat tentang tarif pertanian Jepun. 

Artikel Berikut

Artikel Lain