suria

Letupan Bom Korbankan 40 Penyokong Bola Sepak

KANO: Sekurang-kurangnya 40 penyokong bola sepak terkorban akibat letupan bom di bandar Mubi yang terletak di timur laut Nigeria pada Ahad.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang maut apabila bom itu meletup di padang bola sepak masih tidak dapat dipastikan.

"Setakat ini, 14 kematian dicatat, manakala 12 lagi cedera parah," kata jurucakap polis Adamawa, Usman Abubakar.

Serangan itu menyasarkan penyokong bola sepak, bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada ia turut mengancam pusat penyiaran perlawanan bola sepak yang dikendalikan televisyen tempatan atau perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung ketika itu.

"Saya terdengar bunyi letupan yang kuat dan terus lari meninggalkan tempat itu yang terletak berhampiran pasar," kata penduduk bandar itu, John Audu.

Setakat ini, tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Mubi terletak kira-kira 845 kilometer dari ibu negara Nigeria, Abuja dan paling hampir dengan sempadan Cameroon.

Kebelakangan ini, Nigeria sering diserang kumpulan militan, Boko Haram yang banyak mengorbankan rakyat negara itu.

bom, Mubi, bola sepak, Nigeria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain