suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Serangan Di Rumah Seorang Menteri

TUNIS: Empat pegawai polis Tunisia terbunuh dalam serangan 'penganas' di kediaman Menteri Dalam Negeri, Lotfi Ben Jeddou di wilayah Kasserine pada Rabu.

Masih belum dapat dipastikan jika terdapat orang lain di dalam rumah tersebut semasa serangan.

Namun, menteri kebiasaannya tinggal di ibu negara, Tunis manakala isteri dan lima anaknya berada di Kasserine.

"Empat pegawai polis terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam serangan kumpulan pengganas itu," kata jurucakap kementerian, Mohamed Ali Aroui.

Selepas serangan, tompokan darah jelas kelihatan di dinding dan lantai rumah di bangunan tersebut.

Seorang penduduk berkata, kumpulan pengganas itu memakai hud dan tiba di tempat kejadian dengan menaiki sebuah trak pikap.
polis, maut, Tunisia, Lotfi Ben Jeddou

Artikel Lain