suria

Piala Dunia: Polis Lepas Gas Pemedih Mata Ke Arah Penunjuk Perasaan

Sekumpulan penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi membantah penganjuran Piala Dunia.
BRASLIA: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi membantah sejumlah wang besar yang dilaburkan untuk kejohanan Piala Dunia.

Tindakan tersebut dilakukan untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu.

Kebanyakan penunjuk perasaan itu terdiri daripada penduduk Brazil yang berarak menggunakan pakaian tradisional termasuk lukisan di muka menuju stadium yang menjadi venue utama kejohanan berprestij dunia itu.

Ketika polis cuba menghalang perarakan itu, sekumpulan penunjuk perasaan melepaskan anak panah ke arah polis.

Seorang anggota polis cedera di kaki akibat tertusuk anak panah itu.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan segera untuk menjalani pembedahan bagi menggeluarkan anak panah itu.

Globo TV menunjukkan imej motosikal polis turut menjadi sasaran panah yang dilepaskan.

demonstrasi, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Lain