suria

Tentera Thailand Bebaskan Yingluck

Yingluck Shinawarta
BANGKOK: Kerajaan junta Thailand membebaskan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra daripada tahanan tentera dan dibenarkan pulang ke rumah.

Yingluck ditahan sejak ditahan 23 Mei lalu. Bagaimanapun, pergerakan utama Yingluck perlu dilaporkan kepada Majlis Kebangsaan Ketenteraman dan Keamanan.

"Yingluck telah dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah. Semua yang dibebaskan juga perlu melaporkan dengan jelas kepada majlis di mana mereka berada," menurut jurucakap junta Winthai Suvaree.

Bagaimanapun, Winthai tidak dapat mengesahkan sama ada rumah Yingluck kini sedang diawasi pihak tentera, tetapi memaklumkan beliau membenarkan pemimpin wanita itu keluar membeli-belah.

Yingluck ditahan tentera Jumaat lalu dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui sejak rampasan kuasa tentera sehari sebelum itu.

Sementara itu, menurut laporan agensi, bekas Menteri Pelajaran, Chaturon Chaisang ditahan selepas enggan melapor diri kepada pihak berkuasa tentera kerana ingin menunjukkan tentangannya terhadap rampasan kuasa tersebut.

"Saya tidak mahu ditangkap tanpa peluang untuk bersuara. Saya ingin berjuang untuk demokrasi. Rampasan kuasa bukan penyelesaian kepada konflik di Thailand," katanya.

Artikel Lain