suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Hosni Mubarak Dipenjara Tiga Tahun

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas bekas presiden, Hosni Mubarak kerana bersalah menggelapkan wang negara.

Mahkamah yang sama turut mendapati dua anak Mubarak, Gamal dan Alaa bersalah atas tuduhan rasuah dan mereka dikenakan hukuman penjara selama empat tahun setiap seorang. 

Keluarga Mubarak dituduh menggelapkan berjuta dolar wang negara sejak lebih sedekad pemerintahannya. 

Wang berkenaan adalah dana untuk membaik pulih dan menyelenggara istana presiden namun ia disalah gunakan untuk meningkatkan taraf kediaman peribadi keluarga Mubarak.

Ketiga-tiha mereka juga dikenakan denda 21.1 juta pound Mesir (AS$2.9 juta) dan diperintah memulangkan semula 125 juta pound Mesir (AS$17.6 juta) kepada Perbendaharaan Negara.
Hosni Mubarak, rasuah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain