Obama turut mengesahkan pemimpin Nigeria menerima tawaran AS untuk mengerahkan tenteranya di negera itu.
Namun, sebaik saja pengumuman itu dibuat, kumpulan tersebut menculik lapan lagi pelajar perempuan berusia antara 12 dan 15 tahun di timur laut Nigeria.
Insiden penculikan pertama berlaku tiga minggu lalu dan nasib kesemua mangsa masih tidak diketahui selepas pemimpin kumpulan itu, Abubakar Shekau yang mendakwa bertanggungjawab mengancam untuk menjual mereka sebagai 'hamba'.
Bercakap kepada stesen televisyen ABC, Obama berkata:"Insiden itu amat menyayat hati dan satu tindakan yang dianggap keterlaluan.
Obama berkata, pasukan yang dihantar ke Nigeria terdiri daripada tentera, penguat kuasa undang-undang dan agensi berkaitan.
"Mereka akan membantu mengesan tempat tebusan disembunyikan dan membantu proses pembebasan mereka," katanya.
Insiden Culik Di Nigeria, Tindakan Keterlaluan - Obama
Kumpulan aktivis berkumpul di hadapan kedutaan Nigeria di barat laut Washington sebagai membantah insiden penculikan ratusan pelajar perempuan di negara itu.
Susulan itu, AS sedang mengerahkan pasukan tentera untuk mengesan kesemua mangsa culik.


