suria

Hatyai Diserang, Prasarana Awam Dibom

HATYAI: Lima cedera dalam empat insiden letupan bom berasingan di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, bom kelima yang diletakkan berhampiran pintu masuk ke pangsapuri dalam Hospital Prince of Songkhla berjaya ditemui tanpa sempat diletupkan.

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.

Salah satu lokasi kejadian bom di Hatyai.


Letupan bom yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta balai polis itu mengakibatkan banyak kenderaan rosak.

Selain itu, dua lagi letupan bom dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran stesen keretapi Hatyai yang juga berdekatan dengan pusat membeli belah Robinson.

Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla yang dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau mengalami kecederaan dalam insiden letupan bom di Hatyai setakat ini.

Hatyai, Bom

Artikel Lain