suria

Enam Cedera Dalam Serangan Di Stesen Kereta Api Di China

Seorang pengawal keselamatan mengawal keadaan di mana beberapa orang yang cedera dalam serangan di sebuah stesen kereta api di Guangzhou, sedang menerima rawatan oleh pihak hospital. Foto AFP

BEIJING: Enam orang cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau di sebuah stesen kereta api di China pada Selasa, kata polis.

Kejadian itu berlaku selepas beberapa siri keganasan yang melibatkan hab pengangkutan di mana pihak berkuasa menyifatkan ia adalah kegiatan pengganas.

Polis menembak salah seorang daripada penyerang di stesen kereta api di selatan Guangzhou, kata biro keselamatan awam bandar itu dalam satu kenyataannya di mikroblog.

Empat penyerang terlibat, lapor akhbar People's Daily sambil menambah bahawa kesemua mereka memakai topi warna putih dan polis melepaskan tembakan terhadap mereka selepas mengikari amaran yang dikeluarkan.

Salah seorang daripada kumpulan lelaki itu terbunuh, seorang lagi ditahan, manakala dua lagi berjaya melarikan diri, kata akhbar itu.

Insiden itu berlaku kurang seminggu selepas satu letupan yang mengakibat dua penyerang dan seorang awam terbunuh, dan 79 lagi cedera di sebuah stesen kereta api di Urumqi di Xinjiang.

Ia diikuti dengan serangan di stesen kereta api di barat daya Kunming, yang mengorbankan 29 orang dan mencederakan 143 yang lain.

serangan kereta api

Artikel Lain