suria

Tujuh Terbunuh Letupan Bom Di Mogadishu

Gambar fail menunjukkan seorang lelaki bersenjata di hadapan bangkai kereta yang diletupkan di Mogadishu, Somalia pada 21 April lalu. Insiden terbaharu apabila satu letupan besar berlaku di bandar itu pada Sabtu, mengakibatkan sekurang-kurang tujuh terbunuh. Foto AFP

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam satu kejadian letupan besar kemungkinan berpunca daripada bom di dalam sebuah kereta atau tepi jalan, di tengah Mogadishu, ibu negara Somalia pada Sabtu, kata polis.

"Beberapa orang terbunuh, sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk empat orang awam dan tiga anggota polis," kata pegawai polis, Mohammed Dualed kepada AFP.

Kejadian letupan bom berlaku dekat persimpangan sibuk di tengah Mogadishu, berhampiran dengan pejabat Kedutaan Turki.

Sumber anggota keselamatan di tempat kejadian berkata, bom yang meletup itu diletakkan di tepi jalan.

Ia merupakan rentetan kejadian letupan bom terbaharu di bandar tersebut oleh pemberontak Shebab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda. - AFP


letupan bom, mogadishu, sebab

Artikel Lain