suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Maut 19 Hilang, Feri Karam Di Bangladesh

Gambar fail menunjukkan feri lebih muatan di Bangladesh, yang menjadi antara punca nahas. Foto AFP

DHAKA: Enam maut dan sekurang-kurangnya 19 yang lain hilang selepas sebuah feri karam pada Sabtu akibat dilanda ribut di selatan Bangladesh, kata pegawai kerajaan.

Feri MV Shatil karam di tengah-tengah sungai dekat Kalagasia, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka, ibu negara Bangladesh.

"Kira-kira 12 penumpang terselamat dengan berenang ke darat. Mereka yang terselamat memberitahu kita bahawa 25 orang lagi berada di dalam feri ketika ia karam," kata pentadbir daerah, Kazi Sayemuzzzamanhe kepada AFP.

"Penduduk tempatan setakat ini menjumpai enam mayat," kata pegawai itu lagi.

Beliau menambah, bot penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengangkat feri yang karam.

Kebanyakan kemalangan berlaku ketika musim ribut antara April dan Jun.

Pakar-pakar punca kejadian bagi kebanyakan tragedi yang berlaku adalah kelemahan kapal-kapal dari segi penyelenggaraan dan lebih muatan. - AFP


MV Shatil, feri karam

Artikel Berikut

Artikel Lain