suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Airbus Defence Guna CCTV Medan Ujian Bandar Selamat Singapura

SINGAPURA: Airbus Defence and Space telah memasang penyelesaian kamera litar tertutup (CCTV) pada kenderaan sebagai sebahagian daripada Medan Ujian Bandar Selamat Singapura.

Airbus dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, penyelesaian itu meningkatkan tahap pengawasan situasi agensi-agensi kerajaan yang mempunyai akses fleksibel ke kawasan-kawasan tertentu dan mereka yang mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.

Penyelesaian itu menyediakan aset yang boleh diatur gerak dengan pantas untuk menyalurkan maklumat perisikan yang berharga bertujuan menyokong pelbagai operasi taktikal atau strategik.

"Video yang dirakam daripada kenderaan ini akan dihantar dalam masa nyata," katanya.

Pengarah Urusan Airbus Defence and Space di Singapura Johan Pelissier berkata, penyelesaian itu adalah hasil daripada kejuruteraan terkini menggunakan teknologi termaju dan menunjukkan bagaimana keperluan operasi dapat diatasi.

Menurut Airbus Defence, projek Medan Ujian itu termasuklah pembangunan dan ujian sebenar teknologi inovatif dan analisis yang lebih canggih seperti kandungan video, pengesanan elektronik dan sensor perbandaran pintar.

"Ini akan memberikan tambahan risikan dan faedah operasi kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti polis dan pasukan pertahanan awam dan termasuklah pengangkutan awam bandar, alam sekitar dan agensi utiliti dengan objektif untuk memastikan Singapura selamat dan terjamin," katanya.

Artikel Lain