suria

Ratusan Masih Hilang Selepas Feri Karam di Korea Selatan

Feri yang membawa kira-kira 450 penumpang karam di kawasan perairan berhampiran dengan Jindo, Korea Selatan. - Foto REUTERS.
JINDO, Korea Selatan: Pengawal pantai dan penyelam laut Korea Selatan meneruskan usaha mencari kira-kira 290 orang yang masih hilang, selepas sebuah feri karam. Kebanyakan mangsa terdiri pelajar daripada sekolah menengah. 

Ahli keluarga mangsa yang bersedih dengan insiden tersebut berkumpul di jeti bandar pantai Jindo. 

Seorang ibu kepada mangsa, Taman Yung-Suk berkata kepada Reuters dia telah melihat mayat guru kepada anaknya di bawa naik ke darat awal pagi tadi. 

"Jika saya tahu menyelam, saya akan terjun ke dalam air dan mencari anak perempuan saya," kata Park. 

Kira-kira 450 penumpang berada dalam feri berkenaan ketika ia mula berlayar dari pelabuhan di Incheon lewat malam Selasa. Hampir 340 orang daripada mereka adalah remaja dan guru dri sekolah Danwon dekat ibu kota Seoul, yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Jeju yang terletk kira-kira 100 kilometer (60 batu) dari semenanjung Korea.

Sehingga kini hanya 179 orang telah diselamatkan dan enam daripada mereka disahkan telah meninggal dunia. Kejadian tersebut disifatkan sebagai insiden yang terburuk dalam sejarah 20 tahun negara. 

Punca sebenar kapal berusia 6,586 tan itu tenggelam masih belum diketahui. 

Beberapa ibu bapa pelajar sekolah yang hilang menyewa bot mereka pada malam Rabu. Mereka kesal kerana pihak berkuasa dikatakan enggan mendedahkan maklumat lengkap mengenai insiden feri karam itu. 

"Oleh kerana kerajaan enggan membawa keluarga mangsa ke lokasi kejadian. 11 ibu bapa terpaksa menyewa bot dengan harga 61,000 won (35 pound) setiap seorang. Namun tiada sebarang operasi mencari dan menyelamat dijalankan," kata salah seorang ayah mangsa yang enggan dikenali. 

"Saya sangat marah. Media melaporkan usaha mencari dan menyelamat masih berjalan. Semua ini satu penipuan," katanya. 

feri, karam, Korea Selatan

Artikel Berikut

Artikel Lain