suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maraton Dengan Kostum Pelik

Peserta maraton di London yang memakai pelbagai kostum untuk menraik perhatian orang ramai bagi mengumpul dana untuk persatuan dan pertubuhan.

MARATON adalah sukan biasa yang diadakan di mana-mana negara di dunia ini.

Bagaimanapun untuk menarik perhatian dan mengumpul dana pelbagai persatuan, warga London mengadakan maraton dengan memakai kostum pelik.

Oleh itu, apa yang berlaku dalam maraton itu juga benar-benar pelik.

Terdapat peserta yang menggalas peti sejuk sebagai kostum dan ada juga yang membawa pondok telefon sehingga menjadikan suasana begitu kelakar.

Akibat daripada kostum pelik itu, seramai 39 peserta berjaya memecah rekod Guinness World Records dan ia termasuk sepasang pengantin yang turut berlari sebaik sahaja selesai dikahwinkan.

Seorang peserta yang membawa barangan dapur di bandanya semasa maraton itu berjaya mengumpul sebanyak £9,000 untuk disumbangkan kepada Pusat Penyelidikan Kanser UK.


London, Maraton

Artikel Lain