suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Kebakaran Hutan Di Chile, 500 Kediaman Musnah

Kebakaran hutan di Chile menyebabkan 500 kediaman musnah.
SANTIAGO: Kebakaran hutan di bandar pelabuhan di Valparaiso, Chile menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan memusnahkan 500 kediaman.

Kebakaran itu turut menyebabkan beribu-ribu penduduk dipindahkan termasuk 200 banduan wanita dalam penjara. 

Anggota bomba menghadapi masalah untuk memadamkan kebakaran kerana bentuk permukaan tanah di bandar tersebut yang dikelilingi bukit curam.

Presiden Michelle Bachelet mengisytiharkan bandar itu sebagai zon berbahaya dan mengarahkan tentera untuk mengawal keadaan serta memindahkan ribuan penduduk yang terjejas.

"Ini adalah bencana paling teruk saya pernah lihat. Kita bimbang api akan merebak ke pusat bandar dan boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk," kata Gabenor wilayah itu, Ricardo Bravo.

Artikel Lain