suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendekatan 'Sifar Toleransi' Jadikan Sweden Negara Eropah Paling Kurang Ketagih Dadah

STOCKHOLM: Sweden menjadi negara di Eropah yang mencatatkan penggunaan dadah rekreasi paling rendah, dengan dasar ketat oleh pihak berkuasa yang merupakan kunci kepada kejayaan itu.

Dadah jenis kokain, ecstasy dan ganja jarang dilihat di jalanan dan kelab-kelab sejajara dengan pendekatan rasmi Swedem "yang sifar toleransi" menunjukkan secara jelas mengenai sasarannya.

Ia mengatakan "Matlamat menyeluruh: masyarakat bebas daripada dadah yang dilarang".

Swedem menetapkan penggunaan dadah sebagai jenayah pada tahun 1988, yang menghargai kempen selama dua dekad yang dilakukan kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan untuk Persatuan Bebas Dadah Kebangsaan Sweden (RNS). 

Ia diikuti satu percubaan selama dua tahun bagi memperkenalkan pendekatan lebih bertolak ansur yang dianggap gagal oleh pihak berkuasa.

"Hubungan yang paling penting dalam rantaian apabila ia datang kepada masalah dadah ialah penggunaan dadah, permintaan yang datang dari penggunaan individu," kata Setiausaha Agung RNS Per Johansson.

"Jika anda tidak memberi tumpuan kepada permintaan, anda tidak akan berkesan dalam memerangi bekalan dadah."

Sweden turut meletakkan penekanan kepada pencegahan, dengan program-program kesedaran mengenai dadah secara meluas di sekolah-sekolah dan juga pra-sekolah.

Negara itu kini mempunyai kadar paling rendah di benua itu bagi penggunaan dadah di kalangan pelajar berumur 15 dan 16 tahun.

Menurut Pusat Pemantauan Eropah bagi Dadah dan Ketagihan Dadah (EMCDDA), hanya 9% populasi sekolah di Sweden mencuba dadah jenis kanabis, berbanding 39% di Perancis, 42% di Republik Czech dan kira-kira 25% di Britain, Belgium dan Belanda. - AFP

dadah, Sweden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain