suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri MH370: Abbott Nasihatkan Rakyat Australia Tidak Bimbang

Tony Abbott

MELBOURNE: Perdana Menteri Tony Abbott menggalakkan warga Australia supaya terus melakukan perjalanan di sebalik kebimbangan bahawa pengganas mungkin terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Enam rakyat Australia dan dua rakyat New Zealand adalah antara penumpang pesawat Boeing 777-200 yang hilang semasa dalam penerbangan enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pihak berkuasa sedang meneliti kaitan insiden itu dengan keganasan, selepas dua daripada 239 penumpang pesawat berkenaan didapati menggunakan pasport curi.

Abbott berulang kali enggan membuat spekulasi berhubung kemungkinan wujudnya kaitan dengan keganasan apabila ditanya tentang perkara itu pada Isnin.

"Kita tidak boleh terus membuat kesimpulan," katanya kepada pemberita di Sydney seperti dipetik Australian Associated Press.

Abbot menggalakkan warga Australia supaya meneruskan apa jua perancangan yang dibuat untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

"Masyarakat Australia bukanlah orang yang penakut. Tidak pernah, dan tidak akan (jadi penakut). Perkara terakhir yang saya mahu lakukan ialah tidak menggalakkan mereka melakukan perjalanan," katanya.

Abbott berkata beliau tidak mahu menggalakkan 'suasana bimbang.'

Dua pesawat pengesan maritim P-3C Orion ditugaskan dari Darwin untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Abbott, MAS, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain