suria

Sony Cadang Buang 5,000 Pekerja, Hentikan Bisnes PC

Gambar menunjukkan dua model mempamerkan model komputer peribadi Viao. Sony pada Khamis mengumumkan berhasrat untuk membuang 5,000 pekerja di seluruh dunia dan menghentikan perniagaan komputer peribadinya - Vaio.
Gambar menunjukkan dua model mempamerkan model komputer peribadi Viao. Sony pada Khamis mengumumkan berhasrat untuk membuang 5,000 pekerja di seluruh dunia dan menghentikan perniagaan komputer peribadinya - Vaio.
Gambar menunjukkan dua model mempamerkan model komputer peribadi Viao. Sony pada Khamis mengumumkan berhasrat untuk membuang 5,000 pekerja di seluruh dunia dan menghentikan perniagaan komputer peribadinya - Vaio.

TOKYO: Gergasi elektronik, Sony mengumumkan pada Khamis yang mereka berhasrat untuk membuang 5,000 pekerja di seluruh dunia dan menghentikan perniagaan komputer peribadinya - Vaio.

Pembuat televisyen Bravia dan mesin permainan PlayStation itu dijangka mencatatkan kerugian tahunan sehingga AS$1.08 bilion.

Sony berhadapan dengan persaingan yang sengit daripada pembuat komputer Amerika, Apple dan jenama Samsung dari Korea Selatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sony, pengurangan tenaga kerja itu akan menjimatkan mereka sehingga AS$1 bilion setahun mulai 2015.

Mereka telah pun melupuskan kepentingan dalam komputer peribadi - Vaio - kepada sebuah dana pelaburan Jepun.

Sony bagaimanapun tidak mengumumkan perincian penjualan unit Vaio itu tetapi media-media tempatan menganggarkan ia melibatkan antara 40 bilion yen (AS$400 juta) hingga 50 bilion yen.

Menyatakan perubahan mendadak pada pasaran komputer peribadi dunia sebagai punca mengapa mereka menjual Vaio, Sony juga mengumumkan yang mereka turut memutuskan untuk memberi tumpuan hanya kepada unit pengeluaran telefon bimbit dan tablet.

Ini bermakna Sony tidak lagi akan merancang, merekabentuk dan membangunkan perisian komputeri peribadi pada masa depan.

Keputusan untuk memberhentikan tenaga kerja itu pula akan melibatkan 1,500 pekerjaan di Jepun dan 3,500 lagi di seluruh cawangan Sony di seluruh dunia.

Kebanyakan pekerjaan yang akan dihentikan itu melibatkan unit televisyen dan juga komputer peribadi.

Bagaimanapun, sebahagian kecil kakitangan Vaio akan diserap semula sebagai staf oleh majikan baru nanti.

Sony juga memaklumkan yang mereka akan cuba untuk menyerap seberapa banyak mungkin kakitangan yang akan diberhentikan nanti ke dalam unit-unit lain yang memerlukan.

Kepada mereka yang tidak mendapat apa-apa tawaran atau opsyen, akan ditawarkan skim pencen awal.

Sony bukanlah pemain utama global dalam sektor komputer peribadi dan kini melihat digital, permainan video dan telefon bimbit sebagai unit teras pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kazuo Hirai, bagaimanapun menolak cadangan untuk menutup unit pembuatan televisyen.

Pelan penyusunan semula Hirai untuk membolehkan Sony kembali membuat untung menampakkan sedikit perubahan pada Mac 2013 selepas mereka mencatatkan sedikit keuntungan selepas empat tahun berturut-turut mengalami kerugian.

Namun sebahagian besar daripada keuntungan itu disumbangkan oleh faktor-faktor bukan perniagaan seperti pelupusan aset misalnya bangunan Sony di Manhattan New York pada harga lebih AS$1 bilion.

Sony menyalahkan jualan dan perniagaan yang lembab sebagai punca kerugian ditambah dengan keputusan untuk menarik balik cadangan melupuskan beberapa aset yang lain.

Artikel Sebelum

Venezuela Rampas 3.6 Tan Ganja

Artikel Berikut

Artikel Lain