suria

Enam Lagi Bom Kereta Meletup Bunuh Lima Mangsa Di Iraq

BAGHDAD: Letupan demi letupan terus berlaku di bandar ini sejak Januari 2014 dan yang terbaru, enam buah kereta diletupkan membunuh lima orang lagi.

Sekurang-kurangnya 38 lagi dilaporkan tercedera.

Letupan terbaru ini dilaporkan berlaku di sekitar daerah berpendudukan penganut mazhab Syiah.

Kerajaan Iraq pimpinan Syiah telah digesa dan ditekan agar mengambil satu pendekatan proaktif untuk menghentikan keganasan perbezaan fahaman mazhab yang telah pun meragut beribu nyawa dan apa yang sedang berlaku sekarang adalah yang terburuk sejak 2008.

Empat daripada enam letupan itu berlaku di daerah berpendudukan Syiah manakala dua lagi di kawasan komersil.

Daripada keseluruhan enam letupan itu, tiga disasarkan di kawasan tumpuan ramai seperti pasar awam.

Sehari sebelum itu, keganasan di sekitar Iraq telah pun meragut nyawa 33 orang termasuk 25 daripadanya akibat terkena serpihan daripada letupan bom kereta berhampiran kawasan kompleks kerajaan, parlimen, pejabat perdana menteri dan kedutaan-kedutaan asing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain