suria

Tujuh Pelajar Maut, 51 Cedera Disambar Petir

BUJUMBURA (Burundi): Seramai tujuh pelajar sekolah tinggi di Burundi maut manakala 51 lagi cedera apabila kesemua mereka disambar ketika ribut kuat pada Sabtu.

"Ia merupakan bencana yang bukan sahaja melanda bandar kita, tetapi juga beberapa kawasan di negara ini, di mana kita sepatutnya berada pada musim kering," kata pegawai kerajaan tempatan, Prudence Kabura.

Beliau berkata, kira-kira 150 kilometer selatan ibu negara Bujumbura itu dilanda ribut pada Jumaat.

Beliau menambah, lebih 500 rumah musnah ekoran hujan lebat, selain ribut petir sejak beberapa hari lalu.

Dalam insiden disambar petir pada minggu lepas, seramai empat orang maut dan sembilan cedera ketika mereka berlindung di dalam sebuah gereja kecil di timur Burundi. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain