suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Malaysia Ditahan Kerana Ceroboh Perkarangan MFA Di Singapura

SINGAPURA: Polis menahan seorang wanita Malaysia berusia 27-tahun pada Isnin di perkarangan Kementerian Luar kerana menceroboh.

Wanita itu juga disiasat kerana mengelak pemeriksaan imigresen.

Saluran tv tempatan Channel NewsAsia menyebut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan polis sebagai berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa wanita itu mempunyai rekod sakit otak.

Dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan polis Malaysia, ICA dan polis telah menghubungi waris wanita itu di Malaysia, dan mereka dalam perjalanan ke Singapura untuk membantu siasatan.

Menurut kenyataan itu, wanita tersebut kini dalam tahanan polis.

Menurut siasatan awal, wanita itu memasuki Singapura dengan kereta yang berdaftar di Malaysia pada 17 Januari melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada kira-kira 1.58 petang.

Beliau meninggalkan pusat pemeriksaan itu pada 2 petang.

Pihak berkuasa berkata wanita itu meninggalkan pusat pemeriksaan itu tanpa diminta berhenti oleh kerana pegawai bertugas tidak segera membunyikan penggera. - BERNAMA

Artikel Lain