suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Tentera Pakistan Terbunuh, Lebih 30 Cedera Dalam Letupan Bom

PESHAWAR (Pakistan): Sebuah bom yang meletup didakwa angka kumpulan Taliban Pakistan mengorbankan 20 tentera dan mencederakan 30 yang lain dalam satu insiden konvoi tentera di kawasan konflik di barat daya negara itu.

Serangan bom itu berlaku di bandar Bannu, dekat rantau puak Waziristan Utara yang terkenal sebagai puak militan yang kuat dikaitakan dengan Taliban dan Al-Qaeda.

"Sebuah kenderaan yang diubah suai dengan bahan letupan menyebabkan ia meletup," kata pegawai kanan tentera kepada AFP.

"Letupan itu berlaku di salah sebuah kenderaan yang digunakan oleh konvoi itu, menyebabkan 20 tentera terbunuh dan lebih 30 lagi cedera," katanya yang enggan dikenali.

Menurut pegawai kanan tentera itu, ketika kejadian konvou itu dalam perjalanan meninggalkan bandar Ramzak di Waziristan Utara. - AFP

Artikel Lain