suria

24 Cedera Dalam Letupan Bom Di Universiti Filipina

FILIPINA: Serangan bom di sebuah universiti di Cotabato di sini menyebabkan 24 orang cedera termasuk pelajar dan guru.

Polis berkata kebakaran mula berlaku di salah satu bangunan universiti berkenaan sebelum berlakunya letupan.

"Api itu kemudiannya merebak, dan antara yang tercedera termasuk anggota bomba, guru, dan pelajar," jelas Inspektor Kanan, Rolly Oranza

Katanya 17 daripada yang cedera kekal dalam keadaan kritikal di hospital.

Polis juga memberitahu AFP mereka percaya letupan itu berpunca daripada alat letupan, namun pakar masih menyiasat maklumat berhubung kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain