suria

Angkasawan NASA Berjaya Akhiri Tugas Di Angkasa Lepas Sebelum Krismas

WASHINGTON: Dua angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya mengakhiri tugas membaiki sistem penyejukan di Stesen Angkasa Antarabangsa pada Selasa selepas, malam sebelum sambutan Krismas.

Rick Mastracchio,53, dan Mike Hopkins,44, terapung di luar makmal orbit selama tujuh setengah untuk menggantikan pam ammonia yang mengalami kegagalan kawalan injap dalaman pada 11 Disember.

"Kita mempunyai pam yang masih berfungsi dan dalam keadaan baik," kata pengulas NASA, Rob Navias dalam siaran televisyen agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) secara langsung selepas ujian 'jumpstart' pada modul pam yang baru berjaya dipasang.

NASA pada lewat Selasa berkata selepas pemeriksaan lanjut, pam itu " dianggap telah berfungsi sepenuhnya."

"Ia akan mengambil sedikit masa untuk berintegrasi sepenuhnya dengan sistem penyejukan stesen angkasa itu," menurut NASA di laman web, sambil menambah dijangka proses akan selesai pada hari berikutnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain