35 Parti Politik Sedia Bertarung Pada PRU Thailand

BANGKOK: Sejumlah 35 parti politik setuju bertanding pada pilihan raya umum (PRU) Thailand pada 2 Februari ini, meskipun terdapat gesaan untuk memboikotnya oleh Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PRDC) yang diketuai Suthep Thaugsuban.

Anggota PRDC cuba menyekat parti terbabit daripada mendaftarkan calon masing-masing namun sembilan parti politik, termasuk parti kerajaan sementara iaitu Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, berjaya mendaftarkan calon mereka di stadium Thai-Jepun (Dindaeng), demikian menurut Timbalan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya bagi pentadbiran pilihan raya Somsak Suriyamongkol.

Lapan parti politik lain ialah New Democrat, Chatpattana, Dumrongthai, Kasikornthai, Tinkakhao, Progressive Democratic, Chartthaipattana dan The Farmer Network of Thailand.

Sejumlah 25 lagi parti politik melapor diri di Balai Polis Dindaeng manakala satu di Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Thailand selepas gagal memasuki stadium berkenaan.

Penunjuk perasaan memulakan demonstrasi mereka di depan stadium itu dan Balai Polis Dindaeng sejak awal pagi tadi, menyebabkan wakil parti politik sukar mendaftar calon mereka bagi sistem pendaftaran senarai parti.

Pendaftaran dijadual berlangsung sehingga 27 Disember ini dan Suruhanjaya Pilihanraya dijangka mengkaji semula situasi itu. Penunjuk perasaan masih berada di stadium berkenaan dan ada antara mereka dilihat bersedia untuk bermalam di situ dalam usaha mengganggu proses pendaftaran yang bersambung esok.

Bagaimanapun, mereka meninggalkan Balai Polis Dindaeng pada kira-kira 5 petang.

Terdahulu, pada sebelah pagi, penunjuk perasaan menyekat laluan ke balai polis itu selepas mendengar bahawa wakil parti politik akan ke sana untuk pendaftaran.

Bekalan elektrik dan air ke balai polis berkenaan juga dipotong.

Terdapat cubaan untuk mencetus panik pada sebelah pagi apabila dua lelaki berpakaian gelap melempar mercun berhampiran balai polis itu, namun usaha mereka gagal. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain