suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Tentera Maut, Sepuluh Cedera Dalam Letupan Bom Di Pattani

PATTANI: Empat anggota tentera terkorban manakala sepuluh lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terkena bom buatan sendiri seberat 50kg yang diaktifkan menggunakan telefon bimbit.

Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari Rabu waktu tempatan di Kg Makkor, Mukim Plonghoil, Daerah Kapo, Pattani.

Pol. Col. Durolman Yaena, Ketua Polis Daerah Kapo berkata anggota tentera tersebut dalam perjalanan ke Kem Ingkhayuthaborihan Pattani untuk bertukar tugas dengan anggota lain.

Beliau berkata, kejadian di Jalan Tungyangdaeng-Saiburi dan kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Kg Mako itu disyaki dilakukan puak pemisah.

Kejadian itu mengejutkan guru serta murid yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. - BERNAMA

Artikel Lain