suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tokuyama Sahkan Pelaburan Baharu RM5 Bilion Dalam Pengeluaran Silikon - Najib

TOKYO: Tokuyama Corp telah mengesahkan akan membuat pelaburan baharu berjumlah RM5 bilion dalam bidang pengeluaran polihabluran silikon bagi sel solar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

Beliau berkata pelaburan itu merupakan tambahan kepada RM3 bilion yang sudah dilaburkan oleh syarikat Jepun itu dalam fasa pertama projek pengeluarannya.

"Syarikat telah undang saya untuk melancarkan fasa kedua ini yang dijangka Julai atau Ogos tahun depan," kata beliau.

Najib berkata demikian kepada media Malaysia di Hotel New Otani di sini selepas menerima kunjungan pegawai-pegawai tinggi Nikkei Inc, Sumitomo Corporation, Sekisui Chemical, Mitsui & Co. Ltd, Kawasaki Heavy Industry Ltd dan Toshiba Corp di sini Khamis.

Najib tiba di sini pagi Khamis dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun.

Perdana Menteri menyifatkan pelaburan berkenaan sebagai satu pelaburan yang amat besar.

"Ini merupakan sebahagian pertengahan untuk pengeluaran sel solar dan solar module. Jadi polisilikon ini boleh dikatakan bidang input untuk pengeluaran sel solar ini," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Lain