suria

Gempa Bumi 6.0 Skala Richter Gegar Mexico

MEXICO CITY: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter melanda bandar ini pada Rabu.

Gegaran itu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari bangunan dan hotel di pusat peranginan Acupulco.

Pusat Seismologi Kebangsaan berkata gegaran itu berlaku sewaktu orang ramai sedang bersiap ke pejabat dan ke sekolah.

Pusat gegaran direkodkan pada kedalaman 17 kilometer dari barat bandar San Marcos di selatan negeri Guerrero.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Gempa susulan dilaporkan menyusul 20 minit kemudian pada kedalaman 14 kilometer di timur laut Acapulco dimana batu-batu dari bukit jatuh di jalan utama dan menyebabkan hotel di kawasan tersebut merekah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain