Artifek Besi Yang Ditemui Sebagai Perhiasan Pada Rangka Berusia 5,000 Tahun Di Mesir Diperbuat Daripada Serpihan Tahi Bintang

PARIS: Artifek besi paling tua yang pernah ditemui dalam sejarah ketamadunan kemanusiaan berusia 5,000 tahun dalam bentuk manik yang dikalungkan ke atas rangka di tanah perkuburan lama Mesir disahkan diperbuat daripada serpihan tahi bintang.

Imbasan ke atas manik-manik itu yang ditemui oleh ahli arkeologi British pada 1911 menggunakan teknologi tinggi mendapati bahan itu diperbuat daripada serpihan tahi bintang.

Sembilan kalungan manik-manik kecil yang ditemui di kawasan perkuburan itu bertarikh sekitar 3,200 Tahun Sebelum Masihi.

Turut ditemui bersama manik-manik itu ialah lapis lazuli, agate dan emas.

Manik-manik itu kini disimpan di Muzium Petrie University College London (UCL).

Besi daripada tahi bintang adalah sejenis aloi yang berlainan dari segi komposisi besi yang ditemui di bumi.

Sumber-sumber galian yang terkandung di dalam manik-manik itu menyamai dengan apa yang terkandung di dalam batu yang jatuh sebagai tahi bintang ke permukaan bumi.

Hasil pertukangan daripada pembuatan manik-manik itu membuktikan bahawa masyarakat Mesir 5,000 tahun dahulu sudah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai seni pertukangan besi, kata Profesor Thilo Rehren, penyelidik di UCL.

Besi daripada tahi bintang adalah jauh lebih keras dan sukar untuk dibentuk berbanding logam seperti tembaga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain