suria

Sembilan Maut Terhidu Gas Ammonia Di Mexico

OAXACA,Mexico: Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala 40 lagi cedera apabila terhidu gas ammonia yang bocor di selatan Mexico.

Kira-kira 1,500 orang yang tinggal di kawasan berdekatan dipindahkan susulan insiden tersebut.

Syarikat petroleum dan gas Mexico, Pemex dan kerajaan Oaxaca mengesahkan jumlah kematian itu.

Paip gas itu dilaporkan bocor selepas dilanggar oleh jengkaut yang digunakan pekerja binaan untuk melebarkan jalan.

Polis dan askar telah menyekat laluan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain