suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Kanak-Kanak Maut Keracunan Makanan di India

PATNA, India: Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak maut dan berpuluh lagi jatuh sakit selepas makan makanan percuma di sekolah rendah di timur India, kata seorang pegawai tempatan pada Rabu.

Pegawai rasmi negeri Bihar, Abhijit Sinha, berkata 27 kanak-kanak dan tukang masak sekolah dimasukkan ke hospital di Patna. Sepuluh daripada mereka berada dalam keadaan serius.

Kanak-kanak yang terbabit berumur antara 8 dan 11 tahun.

Kesemua mereka jatuh sakit selepas makan makanan di sebuah sekolah di Masrakh, sebuah perkampungan kira-kira 80 kilometer di utara Patna.

Sementara itu, Menteri Pendidikan negeri, P K Sahi, berkata siasatan awal menunjukkan makanan berkenaan dicemari kesan fosforus, yang digunakan untuk mengawet beras dan gandum- AFP

Artikel Lain