suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Termasuk Seorang Guru Mati Ditembak Di Yala

YALA (Selatan Thailand): Dua orang termasuk seorang guru mati ditembak di Yala, selatan Thailand, Selasa.

Dalam kejadian pertama pada 1.20 pagi di mukim Satengnok, daerah Muang, Abdul Rahim Ngoleng, 50, ditembak dalam kawasan sekolah pondok Solahuddin Wittya.

Polis Yala berkata mangsa terkena empat das tembakan di bahagian tubuh dan mati di tempat kejadian.

Kejadian kedua pula berlaku pada jam 6.10 pagi di Kampong Benankuwae, Mukim Benangsetar, Daerah Benangsetar, Yala.

Mangsa, Matyahari Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Baba Lee, seorang guru di taman didikan kanak-kanak Benangkuwae, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke kebun getah.

Kapten Polis Ronnachai Wechanil, di Balai Polis Benangsetar berkata mangsa selalu disoal polis dan tentera sebagai suspek keselamatan di bawah undang-undang darurat.

Di Pattani pula, seorang bekas wartawan jenayah cedera ditembak di kawasan jalan raya 418 daerah Nongchik pukul 3 petang. - BERNAMA

Artikel Lain