suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

21 Maut Serangan Bom Selepas Solat Terawih di Baghdad

BAGHDAD: Ledakan bom di luar dua masjid anggota Sunni di Baghdad lewat semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang ketika jemaah menunaikan solat pada bulan Ramadan.

Dalam satu lagi serangan berasingan, sekurang-kurangnya tiga maut ketika penduduk sedang menghadiri pengkebumian di timut laut Baghdad.

Polis berkata, letupan bom pertama berlaku kira-kira jam 10 malam berdekatan pintu pagar Masjid Khalid bin al-Walid di selatan Dora yang kebanyakannya didiami penduduk Sunni Islam.

Serangan berlaku sebaik umat Islam selesai melakukan solat terawih pada bulan Ramadan.

Sekurang-kurangnya 16 terbunuh manakala 31 cedera, demikian disahkan oleh pihak hospital mengenai jumlah kematian.

Ia diselangi letupan kereta di Masjid Mullah Huwaish di Hay al-Jami’a di barat Baghdad.

Letupan itu mengorbankan lima orang manakala 19 lagi cedera. - AFP

Artikel Lain