BAGHDAD: Ledakan bom di luar dua masjid anggota Sunni di Baghdad lewat semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang ketika jemaah menunaikan solat pada bulan Ramadan.Dalam satu lagi serangan berasingan, sekurang-kurangnya tiga maut ketika penduduk sedang menghadiri pengkebumian di timut laut Baghdad. Polis berkata, letupan bom pertama berlaku kira-kira jam 10 malam berdekatan pintu pagar Masjid Khalid bin al-Walid di selatan Dora yang kebanyakannya didiami penduduk Sunni Islam. Serangan berlaku sebaik umat Islam selesai melakukan solat terawih pada bulan Ramadan.Sekurang-kurangnya 16 terbunuh manakala 31 cedera, demikian disahkan oleh pihak hospital mengenai jumlah kematian.Ia diselangi letupan kereta di Masjid Mullah Huwaish di Hay al-Jami’a di barat Baghdad.Letupan itu mengorbankan lima orang manakala 19 lagi cedera. - AFP