suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekurang-Kurangnya 22 Cedera Dalam Pertempuran Di Kaherah

KAHERAH: Pertempuran di Kaherah antara pasukan keselamatan Mesir dan para penyokong presiden Mohamed Morsi mengakibatkan 22 orang cedera, kata perkhidmatan kecemasan pada Selasa.

Seramai 19 orang cedera dalam pertempuran di tengah kawasan Ramses berhampiran dengan Dataran Tahrir dan di jambatan merentasi Sungai Nil, kata ketua perkhidmatan kecemasan.

Tiga orang lagi cedera di Guza, kata Sultan kepada agensi berita MENA.

Empat polis Mesir – dua pegawai dan tentera dimasukkan ke hospital selepas pergolakan di Kaherah pada malam Isnin, MENA memetik sumber kementerian dalam negeri sebagai berkata.

Agensi berita tdaik mengesahkan sama ada empat polis itu merupakan antara 22 yang cedera yang dirawat oleh perkhidmatan kecemasan.

Para penyokong Morsi terus mengadakan protes pada setiap hari sejak pihak tentera menggulingkan perdana menteri itu pada 3 Julai. - AFP

Artikel Lain