suria

Bangladesh Berminat Terokai Pasaran Pakaian Malaysia

NEW DELHI: Bangladesh berminat menerokai pasaran Malaysia melalui pameran tiga hari di Kuala Lumpur, kata Naib Presiden Persatuan Pengeluar dan Pengeksport Pakaian Bangladesh (BGMEA) SM Mannan Kochi.

"Malaysia boleh muncul sebagai salah satu pasaran terbesar pakaian Bangladesh jika ia diterokai dengan teratur," katanya, yang dipetik oleh akhbar harian, The Daily Star.

"Hampir keseluruhan peruncit dan jenama pakaian terkemuka di dunia mempunyai operasi di Malaysia. Bangladesh mempunyai peluang yang baik untuk merebut pasaran Malaysia melalui pameran itu," katanya.

Pameran itu, yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra anjuran BGMEA bersama-sama dengan Persatuan Pengeluar dan Pengeksport Pakaian Yang Dikait Bangladesh (BKMEA) dan acara utama dari 14-16 Ogos.

Menurut laporan itu, pameran tersebut akan mempamerkan produk dari syarikat hartanah, pelancongan, kraf tangan, jut dan barangan jut, bank dan insurans, di dalam usaha mengecilkan jurang perdagangan antara kedua-dua negara.

Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada masa ini menguntungkan Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain