suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Virgin Selesai Ambil Alih 60% Saham Tigerair Australia

SYDNEY: Virgin pada Isnin telah selesai melakukan pengambilalihan saham sebanyak 60 peratus dalam perkhidmatan penerbangan tambang murah - Tigerair Australia.

Dengan pengambilalihan itu, Virgin menamakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Borghetti sebagai pengerusi baru Tigerair Australia.

Virgin kini adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia selepas Qantas.

"Tetapi dengan pengambilalihan saham sebanyak 60 peratus dalam Tigerair Australia telah membolehkan Virgin Australia memasuki sektor perkhidmatan tambang murah," kata Borghetti.

Pembelian saham sebanyak 60% itu dianggarkan bersamaan dengan Aus$35 juta.

Tiger Australia adalah subsidiari kepada Tiger Airways milik Singapura.

Ia dilancarkan di Australia pada November 2007 dan menawarkan penerbangan ke 16 laluan domestik menerusi 11 pesawat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain