suria

Pesawat Asiana Terhempas Di Lapangan Terbang San Francisco

SAN FRANCISCO: Pesawat Asiana Airlines Boeing 777 dengan lebih 300 penumpang di atas kapal terhempas ketika melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Sabtu, menyebabkan kebakaran dan pecah di bahagian belakang.

Menurut laporan media sekurang-kurangnya dua orang yang berada di atas kapal Penerbangan 214 dari Seoul terbunuh.

Sekurang-kurangnya 10 yang lain, termasuk dua kanak-kanak, berada dalam keadaan kritikal, menurut salah sebuah hospital di bandar ini.

Rakaman video yang menunjukkan bahagian perut pesawat dikelilingi oleh anggota bomba dengan serpihan bertaburan di atas landasan dan di kawasan sekitarnya.

Tiada penjelasan rasmi terhadap kemalangan ketika pendaratan ini tetapi imej-imej untuk menunjukkan pesawat merempuh kawasan berbatu dan berair jauh daripada landasan.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Lynn Lunsfor mengesahkan kemalangan pendaratan.

"Ia kelihatan biasa pada mulanya ...ketika roda diturunkan," kata seorang lelaki yang tidak dikenali yang menyaksikan kemalangan itu kepada CNN.

"Ia hanya merempuh (tembok) dan segala-galanya runtuh serta-merta.

Pasukan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara menuju ke San Francisco untuk menyiasat.

"Semuanya masih dalam siasatan awal pada ketika ini," pengerusi NTSB Debbie Hersman memberitahu pemberita di AS ketika ditanya sama ada ia disebabkan kesilapan juruterbang.

"Kita perlu mengumpul fakta-fakta sebelum kita mencapai sebarang kesimpulan," katanya.

Satu gambar dramatik yang di'tweet' oleh seseorang yang mendakwa menjadi mangsa yang menunjukkan orang ramai menjerit di pesawat.

Lapangan terbang itu ditutup selepas kejadian itu tetapi dua landasan kemudian dibuka semula. Beberapa penerbangan terpaksa dialihkan ke Los Angeles.

Artikel Berikut

Artikel Lain