suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nigeria Rayu Pelarian Pulang Ke Tanah Air

BOSSO, Nigeria: Pegawai Nigeria merayu pelarian supaya pulang ke tanah air, melawat beribu-ribu yang melarikan diri merentasi sempadan daripada pemberontakan militan.

Timbalan Gabenor Zannah Mustapha dari negeri Borno melawat negara jiran Nigeria pada Sabtu (waktu Nigeria) pada hari yang sama anggota militan membunuh 29 pelajar dan seorang guru di negeri Yobe.

Mustapha berkata, terdapat keselamatan yang mencukupi untuk melindungi pelarian daripada serangan berterusan di tempat asal mereka di Mallam Fatori.

Bagaimanapun, pelarian menunjukkan bahawa mereka juga takut pada kumpulan tentera.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, pasukan keselamatan telah membunuh orang awam secara rambang dalam bertarung untuk mengakhiri pemberontakan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain