suria

Tiga Penyokong Mursi Maut Dalam Ketegangan Di Nasr City

KAHERAH: Ketegangan berlaku di Nasr City, kira-kira 5km dari Dataran Tahrir, lokasi penyokong parti Ikhwan Muslimin mengadakan demonstrasi.

Kira-kira tiga orang dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.

Kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan, penyokong parti Ikhwan Muslimin bertempiaran lari ke kem kecemasan dengan segelintir daripada mereka terkena tembakan.

Menurut saksi, penyokong parti itu cedera apabila cuba mendekati kem tentera berhampiran.

Sementara itu, agensi berita Reuters melaporkan seorang jurucakap tentera dilaporkan sebagai berkata, tentera Mesir tidak melepaskan tembakan ke arah penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi.

Sumber pasukan keselamatan berkata, tiga penunjuk perasaan ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam satu demonstrasi berhampiran lokasi Mursi ditahan.

Artikel Lain