suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

60 Polis Thailand Sertai Boot Camp, Kembalikan Berat Badan Ideal

BANGKOK: Polis Thailand menghantar seramai 60 anggotanya yang mempunyai masalah berat badan berlebihan untuk menyertai Boot Camp selama 12 hari bermula Jumaat.

Program itu bertujuan untuk mengembalikan berat badan ideal bagi penjawat kerajaan di negara itu.

Boot Camp yang merangkumi program senaman dan ceramah mengenai gaya hidup sihat itu diadakan di pusat latihan polis di pinggir bandar Bangkok.

Dengan memakai t-shit yang tertera perkataan 'hilangkan masalah berat badan berlebihan, anggota polis tersebut memulakan hari mereka dengan aktiviti joging, yoga, kelas aerobik, tai chi untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki aliran darah serta ceramah dari pakar pemakanan dan jurulatih.

Anggota polis yang berjaya melakukan penurunan berat badan terbanyak akan memenangi wang tunai sebanyak $160 (RM510), satu bonus bagi anggota polis yang bergaji rendah di negara itu.

Artikel Lain