suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Eropah: 15 Maut, Lebih 19,000 Dipindahkan

PRAGUE: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan empat yang lain hilang dalam bencana banjir yang berlaku di tengah Eropah, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Jabatan bomba berkata, lebih 19,000 orang dipindahkan dari kawasan yang dilanda banjir di Republik Czech.

Banjir yang melanda di sebahagian Prague kini menghala ke arah utara ke Jerman, sebahagiannya di bandar Dresden.

Jumlah kematian itu termasuk lapan orang di Republik Czech, empat di Jerman, dua di Austria dan seorang di Slovakia.

Menurut menteri dalam negeri, sekurang-kurang empat orang hilang di Republik Czech. - AP

Artikel Lain