suria

Tujuh Maut Bas Terjunam Dari Jambatan Di Brazil

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas terjunam dari jambatan di Bandaraya Rio, awal pagi Rabu.

Pasukan penyelamat dilaporkan masih berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa dan setakat ini tujuh disahkan terkorban.

Bumbung bas terjunam setinggi 15 meter dan kawasan nahas dipenuhi dengan darah mangsa serta kaca yang tertaburan.

Beberapa saksi memberitahu stesen televisyen Globo, ketika kejadian pemandu bas sedang bertengkar dengan salah seorang penumpang yang dikatakan tidak membayar tambang. - AFP

Artikel Lain